Khamis, 29 Disember 2011

Pergimu Tiada Ganti

Alhamdulillah, bersyukur sy kpd yang Esa krn msih lg diberi nafas utk hdup di bumi ciptaanNya. Maka, pd hari ini juga genap 12 thn pemergiaan ayahanda tercinta. Tanggal 29 Disember 1999  jam 10.05 pagi ketika berusia 77 tahun, ayah(dikenali cheq di pantai Timur ) menghembuskn nafas terakhir disisi sy, mak dan abg sulung sy. Dua minggu mengalami demam panas cheq akhirnya meninggalkn kami biarpun seminggu lg umat Islam akn menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah ketentuanNya Cheq meninggal di hospital Besar Kuala Terengganu meskipn niatnya utk meninggal di rumah sndiri. Cheq disahkan mengalami demam panas dan dijangkiti kuman dlm darah @ Septicaemia Dt Meiliodisis. 

Minggu pertama di hospital arwah menampakkan tanda akn pulih biarpun tidak berselera utk mkn. Setelah dipujuk akhirnya arwah makan. Perangai arwah spt kanak2 krn meminta air kelapa setiap hari utk diminum. Sepanjang masa sy disisinya krn sy merupakn ank bongsu dan tidak mempunyai komitmen. setiap mlm sy akn bacakan surah Yasin dan arwah mengaji bersama sy. Setelah seminggu di rawat arwah memujuk doktor utk pulang ke rumah alasannya utk melihat tanah tapak rumah. Kami menghalang namun doktor mengatakn mungkin ini adalh hajatnya yg terakhir dan arwah dibenarkn pulang. 

Di rumah sy bersama ahli keluarga yg lain bergilir2 menjaga, tukarkn lampin dan memandikn arwah smbil membaca surah Yasin.Arwah begitu ceria n sentiasa mengatakn dia akn sihat. Namun hati sy mengatakan tidak krn arwah sntiasa berkelakuan pelik sehinggakn bergaduh dgn mak krn gigi palsunya. Sekali lagi arwah di bawa ke klinik berdekatan atas permintaanya. Setelah di periksa doktor mengarahkn agar di bawa ke hospital. Abg Pin menelefon sy agar bersiap utk ke hospital. Doktor mengatakan peluang utk arwah hidup agak tipis, sy terkedu namun redha jika itu ketentuanNya. Kepada arwah Cheq sy rindu dan sayang Cheq selamaya. Pergimu tiada ganti. Hanya Al-Fatihah yg sy dpt sedekahkan. 


Pada malam tersebut 28/12/1999 (selasa) arwah berkelakuan pelik. Semasa di X-ray n di cucuk arwah terkejut sedangkan sblm ni arwah seolah2 tidak sakit. Puas di pujuk namun matanya x mengantuk. Bermacam2 perkara di ceritakn. Arwah berpesan agar sy menjaga mak n jgn tinggalkn solat. Akibat letih sy tertidur namun dikejutkn dgn gerakan tangan arwah di atas kepala mengatakan dia hndk membuang air besar. Setelah di cuci arwah meminta sy mengaji dan mengikut perlahan2. Doktor meminta kami agar tidak meninggalkn arwah keseorngan. Malam tersebut sy x dpt lelapkn mata n sntiasa bersamanya smbil ditemani mak, Abg Pin, Abg Mat n Pok Da. 

Azan subuh drp masjid berdekatan mengejutkn sy yg tertidur seketika, arwah memandang sy smbil tersenyum. Di dalam doa sy memohon kpd Allah " Ya Allah Ya Tuhanku, jika hari ini merupakan ajal bg ayahku, kau ambillah nyawanya n tmpatknlah disisi org2 yg beriman, Permudahknlah perjlnan hidupnya menemuiMu. Hambamu ini redha di atas ketentuanNya." Usai berdoa sy terus mendptkn arwah, ketika itu nafasnya x menentu dan tercungap-cungap. Sy membaca yasin dan smpt bersalam serta memohon maaf drp arwah. Ketika itu airmata x lg keluar, namun sy dikejutkn dgn keadaan abg sy yg msih lg terkejut dan sakit dada. setelah ditenangkan keadaan beransur baik, abg bersama sepupu cheq mengajar cheq mengucap kalimah syahadah. Alhamdulillah.... arwah pergi dalam keadaan tenang. 

Kini, sy masih lg merasa kasih syg arwah biarpn 12 tahun berlalu. semoga Allahyarham Omar bin Ali di tempatkn disisi org2 yg terpilih dan damai lah di sana dgn perlindungan Allah jua. Hanya Al-Fatihah yg dpt sy sedekahkn kpd arwah. 

Rabu, 28 Disember 2011

Perjalanan Hidup




Nmpknya hari yg sy x nk lalui berlaku jua, mlm td (27/12/2011) sy terpksa menghntar suami ke perhentian bas bg menaiki bas pulang ke segamat.Sy tidak menghntar suami ke Segamat krn terpaksa menghadiri mesy di sek. sedih sgt krn tpksa berpisah walhal selama sebuln kami bersama. Tak tau bila lg kami akn bertemu krn masing2 mempunyai komitmen. utk abg " syg minta maaf skiranya slama sbulan bersama, syg byk menyakitkn hati abg. Syg doakn smog abg diberi kesihatan yg baik dan dipanjangkn jodoh kita agr kita terus bersama utk selamanya". Sebenarnya sy agk terkilan sbb x dpt menemani suami ke Hospital JB utk pemeriksaan susulan krn sblm ni suami sy mengalami masalah sendi. Hanya doa yg dpt sy panjatkn agar perjalanan abg akn selamat pergi dan pulang serta dibawah perlindungannya jua.

Hari ini juga 28/12/2011 adlh genap setahun sy berpindh ke sek baru dan merupakn hari pertama sy melaporkn diri. Agk sukar menyesuaikan diri krn sek ni agk besar berbanding dgn sek lama. Sy ditugaskn mengajar sesi ptg. Jadual yg sy dpt memerlukan sy memperuntukn 30 masa mengajar untuk seminggu. agak sukar juga krn sblm ni sy menjadi guru data dan wktu mengajar x byk krn sy perlu mengemas data guru n murid stiap hari. Sy agak tertekan krn mengalami mslah tmpt tinggal dan trpksa berulang alik ke kg sy (Marang) setiap hari sehinggalah sy menumpang di rumah saudara. Keadaan ini membuatkn sy cekap memandu krn sblm ni sy tkut utk memegang stereng kereta n memandu. Perasaan sy wktu 2 sgt sedih. setiap hari memandu smbil menangis krn mengenangkn nasib diri yg sdh jatuh ditimpa tangga. Perpindahan sy disebabkn mengikut permintaan keluarga yg mahu sy kmbali ke daerah sendiri bg menjaga mak . 

Alhamdulillah... berkt kesabarn sy akhirnya doa sy dimakbulkn. Biarpn menghadapi cabarn n dugaan akhirnya kami disatukan bersamaan pd 3 Jun 2011 bersamaan 1 Rejab 1433 H. Di awal perhubungan kami keluarga tidak mempersetujui perhubungan ini, namun sy yakinkan bahawa "dia" blh menjaga dan menyayangi sy seikhlasnya. Setiap yg Allah tentukn mgkin ada hikmah di sebaliknya.

Pg td sy dikejutkn dgn panggilan telefon kira2 pukul 3.50 pagi. Abg dh smpai di segamat namun yg menyedihkn abg mengatakn cincin perkhwinan kami hilang sewktu di dlm bas. Puas di cari tp x jumpa. Sy harap ada insan yg menjumpai agar memulngkn semula cincin tersebut ke kaunter Bas Mara Liner. Biarpun hrganya murah namun ada nilainya buat kami. Ya Allah..... Mungkin ni dugaan utk kami, smoga satu masa nanti doa kami utk bersama dimakbulkn. Kau tetapkan lh imanku dan lapangkn lh dadaku. Beri lh kebahagian yg berkekalan dan panjangkanlah umur kami agar terus bersama hingga ke akhir hayat. aku juga berdoa kpdmu Ya Allah, berikanlah kesihatan yg baik buat kami dan seluruh muslimim dan muslimat. Murahkn lah rezeki kami dan tunjukkanlah jln yg lurus utk kami terus menumpang di bumi ciptaanMu. 
Amin Ya Rabal Alamin

Selasa, 27 Disember 2011

Tambatan Hati


SUAMI ISTERI BERSALAMAN,  MAKA GUGURLAH SEGALA DOSA
      Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaanya." 
     
     Begitu besarnya harga sebuah senyuman seorang isteri kepada suaminya malah lebih bermakna senyuman itu diberikan kepada suami yang kepenatan pulang dari kerja. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. 

     Rasulullah bersabda, yang bermaksud : " Sungguh-sungguh memintakan ampun utk seorg isteri yg berbakti kpd suaminya iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Doa Mohon Amalan di Terima dan Peroleh Rezeki yang Halal : 
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pada Mu ilmu yg bermanfaat, amal yg diterima serta rezeki yang halal lagi baik."

                   -HR Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Sani - 

Khamis, 1 Disember 2011

Cinta Pengikat Jiwa

* Rasulullah SAW tlh bersabda"perasaan kasih adlh kecintaan suami kpd isterinya. Perasaan syg adlh sygnya suami kpd isterinya meskipn ada keburukn pd dirinya". Diriwayatkn olh Ibnu Abbas. 

* Lelaki yg pling baik akhlknya adlh lelaki yg pling syg pd isterinya, semntra wanita yg pling baik adlh wanita yg menyenangkn hati suami apabila suami memandangnya. 

Saya tertarik dgn 2 petikn indh & meninggalkn kesan mndlm dihati dan smoga mnjdi renungan kita bersama. Kebenaran petikn ini jelas nyata. Perasaan saling syg menyayangi & mencintai menjdikn  psgn suami isteri diikat mnjdi satu jiwa dan dpt membina "Baiti Jannati" @ Rumahku syurgaku. 

Sy sgt bersetuju dgn pendpt sesetengh org yg menyatakn suasana keluarga selalunya di tntukn oleh pengaruh isteri sekaligus ibu kpd ank2. Melayani suami & ank2 krn keimanan terhdp Allah tntulh mndpt keberktn yg tiada nilainya. Persoalannya mampukah kita mengasihi & mencintai spt mana cinta Nabi SAW kpd Aisyah r.a.

Pendpt sy, bkn shj isteri perlu mmpunyai kasih & mencintai suami seadanya. Pihak suami juga harus mmpunyai  perasaan serupa barulh sbuah perkhwinan itu berlngsung dlm suasana harmoni. Mnjdi asam garam dlm perkhwinan, adanya pertngkaran dan pergaduhan kecil namun, kita jgn terlalu mengikut amarah kelak memakan diri sndiri. Biarpn usia perkhwinan sy msih sthn jagung, sy akui sering bergaduh & merajuk namun rumah mana yg tidak dilanda badai jika dibina di tepi pntai, ttp apabila mslh ini berlaku sy byk menerima teguran dan nasihat drp suami krn sbgai psgn suami isteri kita seringkali terasa hati tmbh2 pula perkhwinan sy adalh PJJ(perkhwinan & perhubungn jarak jauh). Saya terpksa berjauhn dengn suami atas faktor kerjaya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.  Alhamdulillah, suami byk membimbing krn sy agak keras kepala n& dia seorg yg cool biarpn suaranya agak kuat (sy gelarkn petir). 

Sebenarnya, sy agak tertekan krn terpksa meninggalkn fasa "single" dan beralih ke fasa baru. Byk perkara yg prlu dipelajari. Hati kedua2 belah pihak perlu dijaga. Disinilah kita perlu faham & jgn anggap bhw pasangn kita smpurna. Perlu terima kekurngan psgan & mengakui bhw diri kita juga punya kelemahan. Allah jodohkn kita dgn apa yg terbaik utk kita.

Inilah yg dikatakn hikmah perkhwinan yg byk mengajar & mendidik manusia supaya sntiasa bersabar. Sy berdoa smoga rumahtangga sy & rakan2 sekalian beroleh kesejahteraan dan diberkati oleh Allah SWT. Oleh itu, berdoalah dan redha dgn dugaan yg melanda rumahtangga kita. Ini krn Allah sentiasa menguji hambaNya namun ada hikmahnya.