Selasa, 30 Oktober 2012

Dugaan...


13Oktober (Sabtu)
Tepat jam 9.00pg sy telah kejutkn en.suami utk bersarapan krn hari ni sy akn menjalani check up di klinik Kesihatan Paka. Sarapan kami ialah Nasi goreng dan air milo favourite suami sy. 

9.30pg
 sy sampai di klinik dan terus ke makmal utk test urine. selepas itu sy berjumpe dgn nurse utk mengambil Bp. Kali ini bacaan Bp sy 130/80. Nurse yg memeriksa tidak berpuas hati dan meminta sy bersama seorang lagi patient agar mmbuat saringan urine menggunakan mesin. Aduh.. letih menunggu. Malang nasib sy hri ni krn sy mengalami air kncing kotor dan trpksa drift. Nurse mengambil kputusan mghntar sy bersama K.Mah(guru SMK Paka) ke Hospital Dungun utk rawatan susulan. 

12.30 tghri
Sy bergerak ke Hospital Dungun menaiki ambulan. Laju Tuhan sahaja yang tahu. Sampai di hospital sy terus di bawa ke unit bersalin dan menjalani pemeriksaan Bp n degupan jantung bby. Ya Allah, selamatkn lah sy beserta bby. Sy menelefon suami dan memintanya membawa peralatan dan kelengkpan sy sepanjang berada di wad. Nasib sy agak baik krn suami telah pn mengambil cuti bg menemani sy ke Hospital Sultanah Nur zahirah pd hari Isnin (15Oktober.)

3.00ptg
En.suami datang dan mmbawa kelengkpn sy. Boring nya berada di Hospital. Apabila tiba wktu melawat tamat sy menangis dan merayu pd doktor agar benarkn sy pulang. Kasihan en.suami yg tpksa berulang-alik utk melawat sy di Hospital. 

14Oktober (Ahad) 
5.30pagi

Sy telah dikejutkan oleh nurse utk mengambil Bp dan makan ubat. Selepas itu sy terus mndi dan menunaikn solat subuh. Hrp2 hari ni sy discharge n blh pulang ke rumah. 

8.00pg
Doktor memeriksa dan mendpti ibu dan bby dlm keadaan sihat. Doktor mengatakn sy akn di rujuk ke HSNZ disebabkn uric asid berlebihan dlm darah. Ya Allah, beratnya dugaan yg trpksa sy alami. Sekali lg sy menangis dan menelefon en suami agr sy mndpt kekuatn dan sokongan. 

3.00ptg
Selepas mkn tnghri bersama en.suami sy mengemas peralatan utk ke hospital HSNZ. Sy tidak dibenarkn pergi sndiri ttp terpksa menaiki ambulan.Nmpknya en.suami kena drive sndiri. 
6.00ptg
Setelah selesai menunaikn solat Asar, suami dtg n memujuk agar sy tabahkn hati dan bykkn berselawat krn setiap yg berlaku ada hikmahnya.Sekali lagi sy dipksa menaiki ambulan. Adoh, rs lmbtnya perjlnan ini. dh la tkut menaiki ambulan laju dan difikirn ni mcm2 yg sy pikirkn. Ya Allah, selamatkn lh sy n bby serta perjlnan agar smpai ke destinasinya.

6.30ptg
Alhamdulillah... Akhirnya sy smpai ke hosp Sultnh Nur Zahirah dan  di bawa utk pndftrn. Agak lama berada
bahagian pendaftran. Doktor memeriksa dan menemptkn sy di wad 1E. Alamak ramainya pesakit. keadaan agak tidak selesa dan kaum keluarga tidak dibenarkan berada di wad, hanya 2orang pelawat dibenarkn melawat pd masa melawat. oooohh... agak leceh krn nk menghntar barang pn terpksa mengambil pas dan tidak boleh lama berada di wad. 


Ikuti sambungan pada episod seterusnya...


Ahad, 28 Oktober 2012

Tilam kekabu untuk permata hati

Assalamualaikum... 
Dh lama x menulis dan luahkn apa yg terpendam di hati ini. sebenarnya byk perkara yg bk dikongsi, ttp masa mencemburui sy. so, ari ni sy luangkn sdikit masa berkongsi cerite dgn kwn2 semua. 

Dh lama saya survey tilam kekabu untuk permata hati yg akan sy lahirkn sehinggalah bby sy dilahirkn barulah sy berkesempatan menulis di blog cute sy ni. Sebenarnya sy dh ada bantal peluk dan bantal tidur yg diberikan oleh kakak saya namun sy tidak mempunyai tilam. Berpandukan majalah Pa&ma sy telah melayari internet dan mencari blog2 yg menjual tilam kekabu sehinggalah sy berkenan tilam di www.bantalkabu.com
sy telah survey harganya dan agak berpatutan. Oleh kerana, sy tidak mempunyai cuti dan tidak mempunyai masa, sy meminta pertolongan en.suami agar membeli tilam kekabu di kedainya yg terletak di Parit Raja, tmbahan pula en.suami menyambung pelajaran di IPTHO, jd memudahkan dia pergi ke sana. Asalnya sy ingin membeli secara online, namun byk halangannya kerana pd mulanya en. suami tidak bersetuju dengan permintaan sy kerana katanya tilam tersebut terlalu mahal. setelah puas dipujuk, akhirnya en.suami bersetuju dan sanggup membelinya.. 

hahaa... terlepas hajat sy nk tilam kekabu utk permata hati kami. Gambar dibawah adalah set tilam kekabu pilihan en.suami yg berharga RM180. Buat en.suami terima kasih bebanyak krn sanggup membeli dan pergi ke sana biarpn penat berkejar dengan kuliah.


Jumaat, 5 Oktober 2012

Bersyukur diberi peluang merasai nikmat mengandung


رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.


Alhamdulillah... usia kandungan kini dh masuk 36minggu. Saya cepat terasa letih tp masih lasak ... Dugaan bagi perempuan mengandung. saya tidak mengalami alahan yang teruk, namun terpaksa berhadapan dengan High Blood (HB) yang rendah menyebabkan sy trpksa menelan 12biji pil sehari. 

Berat badan sy msih maintain, hnya naik 7kilo shj. Diawal kehamilan sy mengalami muntah2 dan loya serta sakit kepala. Actually, sy sukar menerima hakikat yg sy bakal menjdi ibu, ini krn sy mmpunyai perancangan utk preggy bila usia perkhwinan kami masuk setahun. tp rezeki menyebelahi sy apbila genap 8bulan perkhwinan sy disahkn hamil. 

En.suami byk memberikn dorongan dan sokongan. sy kurang bersedia krn kami msih lg tinggal brjauhn..
HMmmm... sedih gak sbnrnya trpksa drive n travel sndiri bila nk ke klinik.Namun kini sy bersyukur sgt kpd yang Maha Esa krn mmberikn nikmat mengandung. setiap kali janin ni bergerak sy mmg terhibur seolah2 mengajak sy utk berbual n bermain2 dgnnya. 

Selain itu sy berhdpn masalh tekanan darah yang tidak stabil sehingga terpaksa dirujuk kpd pakar O&G. Saya tak mmpunyai simpton2 pnyakit darah tinggi namun dh jd kebiasaan ibu yang sarat akn mengalami tekanan darah yg x stabil. 

Kini, sy hanya mmpu berdoa agar sumenya selamat.. walaupn sarat sy msih smpt menemani en. suami ke Putrajaya  bg mengikuti rombongan sekolahnya.Semoga bayi yang bakal lahir ini akn mengeratkn lg hubungan saya bersama suami. 

Buat En.suami (Saifuddin Amir), ini adalah bukti cinta dan kasih sayang seorang isteri buat suaminya. Syg harap abg akn terus menyayangi dan mencintai syg hingga ke hujung nyawa. Semoga kita dapat bersama2 mendidik dan menjaga anugerah yang tak ternilai ini dengan sempurna. 

Buat ank ibu yang bakal lahir(sy x scan jntina cz en.suami nk suprise), jadilah ank yang taat dan hormat kpd ibu bapa serta menjadi insan yg berguna.

masih maintain (35minggu 4hari usia kandungan)