Alhamdulillah, bersyukur sy kpd yang Esa krn msih lg diberi nafas utk hdup di bumi ciptaanNya. Maka, pd hari ini juga genap 12 thn pemergiaan ayahanda tercinta. Tanggal 29 Disember 1999 jam 10.05 pagi ketika berusia 77 tahun, ayah(dikenali cheq di pantai Timur ) menghembuskn nafas terakhir disisi sy, mak dan abg sulung sy. Dua minggu mengalami demam panas cheq akhirnya meninggalkn kami biarpun seminggu lg umat Islam akn menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah ketentuanNya Cheq meninggal di hospital Besar Kuala Terengganu meskipn niatnya utk meninggal di rumah sndiri. Cheq disahkan mengalami demam panas dan dijangkiti kuman dlm darah @ Septicaemia Dt Meiliodisis.
Minggu pertama di hospital arwah menampakkan tanda akn pulih biarpun tidak berselera utk mkn. Setelah dipujuk akhirnya arwah makan. Perangai arwah spt kanak2 krn meminta air kelapa setiap hari utk diminum. Sepanjang masa sy disisinya krn sy merupakn ank bongsu dan tidak mempunyai komitmen. setiap mlm sy akn bacakan surah Yasin dan arwah mengaji bersama sy. Setelah seminggu di rawat arwah memujuk doktor utk pulang ke rumah alasannya utk melihat tanah tapak rumah. Kami menghalang namun doktor mengatakn mungkin ini adalh hajatnya yg terakhir dan arwah dibenarkn pulang.
Di rumah sy bersama ahli keluarga yg lain bergilir2 menjaga, tukarkn lampin dan memandikn arwah smbil membaca surah Yasin.Arwah begitu ceria n sentiasa mengatakn dia akn sihat. Namun hati sy mengatakan tidak krn arwah sntiasa berkelakuan pelik sehinggakn bergaduh dgn mak krn gigi palsunya. Sekali lagi arwah di bawa ke klinik berdekatan atas permintaanya. Setelah di periksa doktor mengarahkn agar di bawa ke hospital. Abg Pin menelefon sy agar bersiap utk ke hospital. Doktor mengatakan peluang utk arwah hidup agak tipis, sy terkedu namun redha jika itu ketentuanNya. Kepada arwah Cheq sy rindu dan sayang Cheq selamaya. Pergimu tiada ganti. Hanya Al-Fatihah yg sy dpt sedekahkan.
Pada malam tersebut 28/12/1999 (selasa) arwah berkelakuan pelik. Semasa di X-ray n di cucuk arwah terkejut sedangkan sblm ni arwah seolah2 tidak sakit. Puas di pujuk namun matanya x mengantuk. Bermacam2 perkara di ceritakn. Arwah berpesan agar sy menjaga mak n jgn tinggalkn solat. Akibat letih sy tertidur namun dikejutkn dgn gerakan tangan arwah di atas kepala mengatakan dia hndk membuang air besar. Setelah di cuci arwah meminta sy mengaji dan mengikut perlahan2. Doktor meminta kami agar tidak meninggalkn arwah keseorngan. Malam tersebut sy x dpt lelapkn mata n sntiasa bersamanya smbil ditemani mak, Abg Pin, Abg Mat n Pok Da.
Azan subuh drp masjid berdekatan mengejutkn sy yg tertidur seketika, arwah memandang sy smbil tersenyum. Di dalam doa sy memohon kpd Allah " Ya Allah Ya Tuhanku, jika hari ini merupakan ajal bg ayahku, kau ambillah nyawanya n tmpatknlah disisi org2 yg beriman, Permudahknlah perjlnan hidupnya menemuiMu. Hambamu ini redha di atas ketentuanNya." Usai berdoa sy terus mendptkn arwah, ketika itu nafasnya x menentu dan tercungap-cungap. Sy membaca yasin dan smpt bersalam serta memohon maaf drp arwah. Ketika itu airmata x lg keluar, namun sy dikejutkn dgn keadaan abg sy yg msih lg terkejut dan sakit dada. setelah ditenangkan keadaan beransur baik, abg bersama sepupu cheq mengajar cheq mengucap kalimah syahadah. Alhamdulillah.... arwah pergi dalam keadaan tenang.
Kini, sy masih lg merasa kasih syg arwah biarpn 12 tahun berlalu. semoga Allahyarham Omar bin Ali di tempatkn disisi org2 yg terpilih dan damai lah di sana dgn perlindungan Allah jua. Hanya Al-Fatihah yg dpt sy sedekahkn kpd arwah.



