Rabu, 7 Mac 2012

~ selamat hari lahir suamiku ~


Buat suami saya Saifuddin Amir bin Abd.Hamid
 Selamat Hari Lahir, (7/Mac)
Sayang doakan semoga abang di beri kesihatan yang baik, di murahkan rezeki, di panjangkan umur,
 menjadi ayah yang baik utk ank2 kita
dan terus menjadi suami sayang buat selama-lamanya.
Abang...
terima kasih kerana hadir dalam hidup sayang,
Kehadiran abang amat membahagiakan sayang,
Sayang akui, abang terlalu istimewa dan terlalu baik
terima kasih abang... 
semoga rumahtangga kita akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Jumaat, 2 Mac 2012

Laksam Terengganu

haiii.... dh lama x hepdate blog ni... so, ari ni sy da resepi yg blh di kongsi bersama. First buat  cm x menjadi, kali ke-2 menjdi plak. Jom... kita terjah
Resepi utk membuat  laksam
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air suam
cara-cara masak:
  1. Campur semua bahan dia atas tadi dan kacau hingga sebati (kalu nk senang blend je)
  2. Lenserkan minyak pada tudung periuk /loyang
  3. Tuangkan tepung tadi di atas tudung periuk
  4. Kukus selama 3-4 minit
  5. Bila dh msk gulung laksam tadi 
Resepi utk kuah
  • 1/2 kilo ikan sardin/kembung (dikukus dan diambil isinya)
  • Sebiji kelapa (diperah santannya)
  • 1 inci halia
  •  6 ulas bawang merah
  • sedikit lada hitam
  • Garam, gula dan sedikit perasa
Cara-cara masak:
  1. Kisar halia dan bawang merah (boleh tambah lada hitam jika suka) 
  2. Masukkan santan, isi ikan, santan dan bahan dikisar ke dalam periuk
  3. Masukkan garam, gula dan perasa
  4. Kacau hingga mendidih dan masak
 Ulam-ulaman ( dipotong halus dan diracik2)
  • Timun
  • Tauge
  • Kobis
  • Kacang panjang
~ sedap di makan bersama cili boh dan belacan
~ Makanan favourite suami sy
~ Sedap di makan dengan tangan
~ Jom... cuba