Rabu, 19 Disember 2012

Dua bulan sudah

Buku rekod krsihatan ibu n syakir
Alhamdulillah, krn msih lg dberi kesempatan utk menulis di blog sy ni. Ari sy just nk stori ttg buah hati sy Amir Syakir yg tlh pn brusia 2bln. Hari ni ibu n ayah bwk syakir ke Klinik Kg Jawa utk mndpt suntikn mencegah sakit kerongkong, kncing gigi dll. Dh besar ank ibu rupanya, bln lps berat ank ibu 3.9kg. ari ni 5.1kg. Alhamdulillah.. semoga syakir terus dberikn kesihatan yg baik. Syakir adalh nyawa n semangat ibu. Ya Allah.. aku bsyukur diatas kurnia n rahmatmu... 

Ahad, 9 Disember 2012

popia goreng + mushrom soup

Salam satu Malaysia. Nk cite ape ye.... Ha.... apa kata kita main masak2. Sebenarnya dh lama teringin mkn popia goreng. kt kedai kalu dibeli intinya taugeh ja. hari ni sy nk buat popia goreng berinti sosej + sayur campur. So, ptg td sy ajk en.suami g pasarya 1Segamat g beli brg dapur. Terpulang nk buat byk mana pun. 

Bahan-bahan
1 bungkus Kulit popia (beli je kt pasary, byk brand) 
400gm sayuran campur
10 batang sosej - dipotong bulat
minyak utk mengoreng
5 ulasBawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar 
serbuk perasa dan garam

cara membuat 
  1. Untuk membuat inti, panaskan minyak untuk menumis bawang merah + bawang putih yang dikisar
  2. Masukkan sosej dan goreng seketika
  3. setelah itu, masukkn sayuran campur bersama bahan perasa. Goreng separuh masak. 
  4. Kemudian sudukan inti ke atas kulit popia
  5. Gulung kulit popia bersama inti 
  6. Panaskan minyak dan goreng popia sehingga kekuningan. 
  7. tos dan hidangkan bersama sos. 
Apa kata kita tgk foto yg sy snap: 


Inti popia sayuran campur + sosej
Inti dan kulit popia
Cara menggulung kulit popia dan intinya
Taraaa... dh siap gulung
Jom makan!!!

Hahaha... percaya tak, nilah hasilnya. Byk jugak sy gulung popia ni. Nk dimkn utk 2 org mmg x hbis. So, sy simpan dalam peti ais n time teragak nk mkn terus je goreng. Hmmmm... enak dimakan wktu ptg. Tmbh2 cuaca sekarang hujan, perut berkeroncong terus nyummmm..
Sy buat sup mushroom n sos tu senang aje gunakan sos cili kimball je...
So, jom kita cuba

Khamis, 6 Disember 2012

Burger Bakar BBQ

  Burger Bakar BBQ
Hahaa... ni kali ke-2 pekena burger after brsalin. Mklumlah burger mknan kgmrn sy
 Ptg td nk g jog, tp dbatalkn sbb dh lewat. so, kami ronda2 je. Kbtuln en.suami nk ambil bateri comp kt bndr putra. Kluar dr kete sy trpndng iklan burger bakar. Mata liar memerhati n trnmpk gerai burger. Alamak.. kecur liur. Slps urusn settle sy bgtau en.suami nk rs burger bakar. Order la burger ayam. 
Trpernjt beruk en.suami time nk byr. Sebiji burger ayam RM6.90. Tp x pe lh nk rs pnya hal. Rasa daging ayam cm sate n dtmbh sos black paper yg pedas. Sy bg 6*

Pembungkusn Burger Bakar

JOM LAYAN BURGER BAKAR BBQ!!!

Boleh didapati dimana2 kedai yg mnjual Burger bakar
Yang sy beli ni kt kedai makan yg terletak di Bandar Putra (Lupa nama kedai)
HARGA : RM6.90



Rabu, 5 Disember 2012

jogging & cuci mata

Berjogging dpt menyihatkn badan & menenangkn fikirn. ptg ni sy brsama en.suami dan permata hati amir syakir keTaman Rekreasi Sg Kepah. Jam 6ptg kami memulakn plan bjogging. sy menolak syakir mnggunakn kreta sorong mnkala en.suami berlari.Seronok rasanye dpt mnyedut udara yg nyman. Almklum lah, sy dh lama terperap kt umah slps bsalin ari tu [16/10]. Alhamdulillah, syakir x menangis sebaliknya tido. 6.45 kami bgerak blik n singgah warung pekena roti canai kt kg jawa.

Ayah menolak Syakir ke Taman Rekreasi









Selasa, 30 Oktober 2012

Dugaan...


13Oktober (Sabtu)
Tepat jam 9.00pg sy telah kejutkn en.suami utk bersarapan krn hari ni sy akn menjalani check up di klinik Kesihatan Paka. Sarapan kami ialah Nasi goreng dan air milo favourite suami sy. 

9.30pg
 sy sampai di klinik dan terus ke makmal utk test urine. selepas itu sy berjumpe dgn nurse utk mengambil Bp. Kali ini bacaan Bp sy 130/80. Nurse yg memeriksa tidak berpuas hati dan meminta sy bersama seorang lagi patient agar mmbuat saringan urine menggunakan mesin. Aduh.. letih menunggu. Malang nasib sy hri ni krn sy mengalami air kncing kotor dan trpksa drift. Nurse mengambil kputusan mghntar sy bersama K.Mah(guru SMK Paka) ke Hospital Dungun utk rawatan susulan. 

12.30 tghri
Sy bergerak ke Hospital Dungun menaiki ambulan. Laju Tuhan sahaja yang tahu. Sampai di hospital sy terus di bawa ke unit bersalin dan menjalani pemeriksaan Bp n degupan jantung bby. Ya Allah, selamatkn lah sy beserta bby. Sy menelefon suami dan memintanya membawa peralatan dan kelengkpan sy sepanjang berada di wad. Nasib sy agak baik krn suami telah pn mengambil cuti bg menemani sy ke Hospital Sultanah Nur zahirah pd hari Isnin (15Oktober.)

3.00ptg
En.suami datang dan mmbawa kelengkpn sy. Boring nya berada di Hospital. Apabila tiba wktu melawat tamat sy menangis dan merayu pd doktor agar benarkn sy pulang. Kasihan en.suami yg tpksa berulang-alik utk melawat sy di Hospital. 

14Oktober (Ahad) 
5.30pagi

Sy telah dikejutkan oleh nurse utk mengambil Bp dan makan ubat. Selepas itu sy terus mndi dan menunaikn solat subuh. Hrp2 hari ni sy discharge n blh pulang ke rumah. 

8.00pg
Doktor memeriksa dan mendpti ibu dan bby dlm keadaan sihat. Doktor mengatakn sy akn di rujuk ke HSNZ disebabkn uric asid berlebihan dlm darah. Ya Allah, beratnya dugaan yg trpksa sy alami. Sekali lg sy menangis dan menelefon en suami agr sy mndpt kekuatn dan sokongan. 

3.00ptg
Selepas mkn tnghri bersama en.suami sy mengemas peralatan utk ke hospital HSNZ. Sy tidak dibenarkn pergi sndiri ttp terpksa menaiki ambulan.Nmpknya en.suami kena drive sndiri. 
6.00ptg
Setelah selesai menunaikn solat Asar, suami dtg n memujuk agar sy tabahkn hati dan bykkn berselawat krn setiap yg berlaku ada hikmahnya.Sekali lagi sy dipksa menaiki ambulan. Adoh, rs lmbtnya perjlnan ini. dh la tkut menaiki ambulan laju dan difikirn ni mcm2 yg sy pikirkn. Ya Allah, selamatkn lh sy n bby serta perjlnan agar smpai ke destinasinya.

6.30ptg
Alhamdulillah... Akhirnya sy smpai ke hosp Sultnh Nur Zahirah dan  di bawa utk pndftrn. Agak lama berada
bahagian pendaftran. Doktor memeriksa dan menemptkn sy di wad 1E. Alamak ramainya pesakit. keadaan agak tidak selesa dan kaum keluarga tidak dibenarkan berada di wad, hanya 2orang pelawat dibenarkn melawat pd masa melawat. oooohh... agak leceh krn nk menghntar barang pn terpksa mengambil pas dan tidak boleh lama berada di wad. 


Ikuti sambungan pada episod seterusnya...


Ahad, 28 Oktober 2012

Tilam kekabu untuk permata hati

Assalamualaikum... 
Dh lama x menulis dan luahkn apa yg terpendam di hati ini. sebenarnya byk perkara yg bk dikongsi, ttp masa mencemburui sy. so, ari ni sy luangkn sdikit masa berkongsi cerite dgn kwn2 semua. 

Dh lama saya survey tilam kekabu untuk permata hati yg akan sy lahirkn sehinggalah bby sy dilahirkn barulah sy berkesempatan menulis di blog cute sy ni. Sebenarnya sy dh ada bantal peluk dan bantal tidur yg diberikan oleh kakak saya namun sy tidak mempunyai tilam. Berpandukan majalah Pa&ma sy telah melayari internet dan mencari blog2 yg menjual tilam kekabu sehinggalah sy berkenan tilam di www.bantalkabu.com
sy telah survey harganya dan agak berpatutan. Oleh kerana, sy tidak mempunyai cuti dan tidak mempunyai masa, sy meminta pertolongan en.suami agar membeli tilam kekabu di kedainya yg terletak di Parit Raja, tmbahan pula en.suami menyambung pelajaran di IPTHO, jd memudahkan dia pergi ke sana. Asalnya sy ingin membeli secara online, namun byk halangannya kerana pd mulanya en. suami tidak bersetuju dengan permintaan sy kerana katanya tilam tersebut terlalu mahal. setelah puas dipujuk, akhirnya en.suami bersetuju dan sanggup membelinya.. 

hahaa... terlepas hajat sy nk tilam kekabu utk permata hati kami. Gambar dibawah adalah set tilam kekabu pilihan en.suami yg berharga RM180. Buat en.suami terima kasih bebanyak krn sanggup membeli dan pergi ke sana biarpn penat berkejar dengan kuliah.


Jumaat, 5 Oktober 2012

Bersyukur diberi peluang merasai nikmat mengandung


رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.


Alhamdulillah... usia kandungan kini dh masuk 36minggu. Saya cepat terasa letih tp masih lasak ... Dugaan bagi perempuan mengandung. saya tidak mengalami alahan yang teruk, namun terpaksa berhadapan dengan High Blood (HB) yang rendah menyebabkan sy trpksa menelan 12biji pil sehari. 

Berat badan sy msih maintain, hnya naik 7kilo shj. Diawal kehamilan sy mengalami muntah2 dan loya serta sakit kepala. Actually, sy sukar menerima hakikat yg sy bakal menjdi ibu, ini krn sy mmpunyai perancangan utk preggy bila usia perkhwinan kami masuk setahun. tp rezeki menyebelahi sy apbila genap 8bulan perkhwinan sy disahkn hamil. 

En.suami byk memberikn dorongan dan sokongan. sy kurang bersedia krn kami msih lg tinggal brjauhn..
HMmmm... sedih gak sbnrnya trpksa drive n travel sndiri bila nk ke klinik.Namun kini sy bersyukur sgt kpd yang Maha Esa krn mmberikn nikmat mengandung. setiap kali janin ni bergerak sy mmg terhibur seolah2 mengajak sy utk berbual n bermain2 dgnnya. 

Selain itu sy berhdpn masalh tekanan darah yang tidak stabil sehingga terpaksa dirujuk kpd pakar O&G. Saya tak mmpunyai simpton2 pnyakit darah tinggi namun dh jd kebiasaan ibu yang sarat akn mengalami tekanan darah yg x stabil. 

Kini, sy hanya mmpu berdoa agar sumenya selamat.. walaupn sarat sy msih smpt menemani en. suami ke Putrajaya  bg mengikuti rombongan sekolahnya.Semoga bayi yang bakal lahir ini akn mengeratkn lg hubungan saya bersama suami. 

Buat En.suami (Saifuddin Amir), ini adalah bukti cinta dan kasih sayang seorang isteri buat suaminya. Syg harap abg akn terus menyayangi dan mencintai syg hingga ke hujung nyawa. Semoga kita dapat bersama2 mendidik dan menjaga anugerah yang tak ternilai ini dengan sempurna. 

Buat ank ibu yang bakal lahir(sy x scan jntina cz en.suami nk suprise), jadilah ank yang taat dan hormat kpd ibu bapa serta menjadi insan yg berguna.

masih maintain (35minggu 4hari usia kandungan) 

Isnin, 13 Ogos 2012

Ramadhan 2012

Assalamualaikum. 
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Tahun kedua sy menyambut bersama suami tersayang

Alhamdulillah 
Sy masih di panjangkan umur untuk meraikannya
Masih ada 5 hari lagi umat islam menunaikan puasa di bulan ramadhan

Ya Allah!
Masihkah kita berkesempatan untuk merasainya pada tahun2 akn datang
Panjangkanlah usia kami
Kuatkanlah Iman kami
Murahkanlah rezeki kami
dan teguhkan hati kami untuk 
terus bersujud kepadaMu.. 




.




Selasa, 24 Julai 2012

Ku Bersyukur PadaNya

Alhamdulillah... 
kejap je masa berlalu... rupa2 nya dh 32 tahun sy menumpang atas dunia yg hanya pinjaman ini
Maka, hari ini genaplah umur sy 32 tahun. dh tua rupanye.. 
x pa jnji sempoi...

terharu bila suami sy En.Saifuddin Amir buat kejutan bg hadiah dan nyanyikan lagu Happy Birthday... 
Doa dan harapan saya agar hidup sy sentiasa dlm perlindunganNya, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan dlm rumahtangga dan dikurniakan Putera puteri yang soleh dan solehah. 

Amin Ya Rabal Alamin... 
Hadiah drp suami tersayang

TQ abang atas hadiah ni....


Sabtu, 7 Julai 2012

Kejohanan Balapan dan Padang SKSP kali ke-9

Salam 1Malaysia, dh lama x hepdate blog ni, bkn pe masa x mengizinkn, so, ari ni sy nk stori ttg acara yg brlaku kt skol sy.
26,27 & 28hb Jun 2012 telah berlangsung kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-9 SKSP, Kejohanan ini diadakan di padang SKSP yg tlh dirasmikan oleh PPD Dungun En.Abd Manan dgn simbolik  melepaskan ikatan belon dan banner kejohanan ke udara.

seterusnya perarakan masuk kontinjen yang terdiri daripada pasukan Rumah Merah,Hijau, Biru dan kuning bersama maskot masing2.
MAskot Rumah Merah (Strawberi)
Kontinjen Rumah Merah 

Kontinjen Rumah Hijau

Kontinjen Rumah Biru

Kontinjen Rumah Kuning
Seterusnya berlangsung acara sukaneka bagi tahap 1, para peserta dan guru begitu teruja semasa menyokong pasukan masing2. Sy terpaksa handle acara ini krn sy merupakan penyelaras sukaneka. Letih mmg letih ditambah dgn keadaan sy yg preggy tp sy gmbira krn kejohanan ini berlngsung dgn jayanya. 

Gelek Tayar Motosikal

Lari Berhalangan 

Pelepas memeriksa setiap pasukan 

Guru2 pasukan Rumah Merah

pemenang bagi semua acara ( K.Tie ni orang kuat Pasukan Rumah Merah) 
Akhirnye, keputusan rasmi termaktub bg kejohanan Balapan dan Padang kali ke-9 SKSP: 
Tempat 1 - Rumah Hijau
Tempat 2 - Rumah Kuning
Tempat 3 - Rumah Kuning
Tempat 4 - Rumah Merah

kepada pasukan yang tercorok, tahun depan cuba lg..... 




Selasa, 8 Mei 2012

Selamat Hari Ibu 2012

Ibu...ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu...Ibu
Engkaulah ratu hatiku 

Saya ingin mengambil kesempatan untuk Mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia. 
Wahai para ibu, engkau adalah kejadian terbaik di dalam peristiwa anak-anak di samping para bapa mithali. Tidak akan ada hadiah daripada anak-anak yang mampu menandingi pemberian daripada ibu- iaitu kehidupan. Bagi dunia, engkau hanyalah seorang insan yang biasa-biasa sahaja tetapi kami tidak akan pernah lupa tangan ibu jugalah yang mengoncang dunia.
kepada ibu saya mak cik Putih@Timah, terima kasih atas pengorbanan mak yang membesarkan kami 7 beradik. Tanpa kasih sayang dan didikan daripada mak blm tentu kami mampu bernafas atas dunia yang hanya pinjaman ini. Saya mewakili adik beradik yang lain amat menghargai dan menyayangi mak. Biarpun tanpa hadiah atau sebarang hadiah, tetapi terimalah doa yang kami titipkan untuk mak:
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
 
Ya ALLAH Ya TUHANKU...
Rendahkanlah suaraku, perindahkanlah ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku
Puan Puteh@Timah bt Ahmad
Berilah ia balasan yang sebaik-baik atas didikannya padaku...
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku...
 
Ya ALLAH Ya TUHANKU....
Ampunulah dosa-dosanya dan Kasihanilah dirinya...
Sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil
Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga.....
 
Sesungguhnya Engkaulah Yang Memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah Yang MAha PEngasih di antara Semua Maha Pengasih...  

Amin Ya Rabbul Alamin....

Emak bersama anak2 dan cucu2 nya

 
 

Rabu, 7 Mac 2012

~ selamat hari lahir suamiku ~


Buat suami saya Saifuddin Amir bin Abd.Hamid
 Selamat Hari Lahir, (7/Mac)
Sayang doakan semoga abang di beri kesihatan yang baik, di murahkan rezeki, di panjangkan umur,
 menjadi ayah yang baik utk ank2 kita
dan terus menjadi suami sayang buat selama-lamanya.
Abang...
terima kasih kerana hadir dalam hidup sayang,
Kehadiran abang amat membahagiakan sayang,
Sayang akui, abang terlalu istimewa dan terlalu baik
terima kasih abang... 
semoga rumahtangga kita akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Jumaat, 2 Mac 2012

Laksam Terengganu

haiii.... dh lama x hepdate blog ni... so, ari ni sy da resepi yg blh di kongsi bersama. First buat  cm x menjadi, kali ke-2 menjdi plak. Jom... kita terjah
Resepi utk membuat  laksam
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air suam
cara-cara masak:
  1. Campur semua bahan dia atas tadi dan kacau hingga sebati (kalu nk senang blend je)
  2. Lenserkan minyak pada tudung periuk /loyang
  3. Tuangkan tepung tadi di atas tudung periuk
  4. Kukus selama 3-4 minit
  5. Bila dh msk gulung laksam tadi 
Resepi utk kuah
  • 1/2 kilo ikan sardin/kembung (dikukus dan diambil isinya)
  • Sebiji kelapa (diperah santannya)
  • 1 inci halia
  •  6 ulas bawang merah
  • sedikit lada hitam
  • Garam, gula dan sedikit perasa
Cara-cara masak:
  1. Kisar halia dan bawang merah (boleh tambah lada hitam jika suka) 
  2. Masukkan santan, isi ikan, santan dan bahan dikisar ke dalam periuk
  3. Masukkan garam, gula dan perasa
  4. Kacau hingga mendidih dan masak
 Ulam-ulaman ( dipotong halus dan diracik2)
  • Timun
  • Tauge
  • Kobis
  • Kacang panjang
~ sedap di makan bersama cili boh dan belacan
~ Makanan favourite suami sy
~ Sedap di makan dengan tangan
~ Jom... cuba

Rabu, 22 Februari 2012

~ Keje oh keje~

Mengisi data murid dlm sistem pangkalan data  http://apps2.moe.gov/sekolahmalaysia
 Alhamdulillah...
Siap jua akhirnya setelah 4 hari bertungkus lumus siapkn data murid http://apps2.moe.gov/sekolahmalaysia. 
Nmpknya tugas guru semakin bertmbah. Mana nk siapkn file kssr, menghias kelas dan bilik2 khas. 2 blm lg dgn hal pentdbiran dan pengurusan panitia. Gaji bertmbh keje pn makin byk. 
Nmpk gayanye ramai yg x nk jd guru nanti. Apa nk buat, sy dh pilih kerjaya ni. Nasib baik kwn2 kt sek bnyk bg support antara satu sama lain.
Bila dh byk keje, hati jd rungsing. Mkn pn x lalu. Tgk meja keje sy bersepah dgn data2 murid. Hehehe.... nnti kita kemas ye!!
Jom, tgk apa yg sy mkn... Ni lh favourite sy time mls n bila rsa berat makin bertmbh. 
Maggi sup ( menu kegemaran sy)



En.Abi (suami) selalu ckp"keje2 jgk mkn kena jg"
so, menu ni je yg simple n senang dimsk. 
Tugasan seterusnya, menyiapkn jadual bertugas dan jadual kelas. Hahaha... cntik x. ni idea sy gabungan hijau & kuning (Kedah). Bkn pe, sy ni peminat wrna hijau.
Jom.. tengok.......

Jadual bertugas & jadual kelas

Thumb 2 sy buat sndri je, Kt kdai byk tp puas hati kalu dpt buat sndiri, blh jimat gak... So, kalau suka Like.....
Tugasan seterusnya akn menyusul..........

Sabtu, 18 Februari 2012

Bukan Sebarang Tidur

Tidur merupakan nikmat yang hanya kita mengetahuinya. Indahnya lena dan asyiknya mimpi- kesemua itu merupakan kurniaan yg diberikan Allah kpd manusia. Bayangkn jika nikmat itu di tarik drp manusia, bayangkan  jika harus berjaga siang malam dan bayangkan betapa letih dan lelahnya diri jika lenyap nikmat yg satu itu. 

Namun tidur bkn sebarang tidur. Tidur seharusnya menjadi satu waktu rehat utk menjana tenaga supaya apabila bgn tidur, kita kembali dpt menyempurnakan dan melunaskan tufas sebagai hamba Allah. Tidur akan memberikn rehat yg cukup utk memudahkan kita menjlnkn tugas spt biasa. 

Ingati pesan Rasulullah mengenai tidur manusia, spt sabda baginda, 
Syaitan akn mengikat hujung kepala seseorg yg sdg tidur dgn tiga ikatan menyebabkan kamu tidur cukup lama. Apabila kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan yg pertama. Apabila dia berwuduk, terbukalah ikatan yg kedua. Apabila dia menunaikan solat, akan terbukalah ikatan semuanya. Dia akan merasakan kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak, dia akan kusut dan malas. 
(RIWAYAT BUKHARI)


Linus ooo linus

 Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
"Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas Literasi dan Numerasi  selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah". 
Kelas 2 At Tarmizi 2012 terdiri daripada 12 murid lelaki dan 3 murid perempuan
Inilah 3 kuntum bunga di kelas saya
     Tahun ini sy dipertanggungjawabkan mengajar 2 At Tarmizi yang merupakan kelas terakhir di sekolah saya. Bila terdengar nama sy di calonkan untuk kelas ini hati saya terdetik " knp saya? sedangkan ramai lagi guru lain yang mempunyai byk pengalaman. Masa tu hati sy terasa sedih dan terus emosi sy tidak stabil. Biarpn kelas ini  mempunyai murid paling sedikit namun, siapa sanggup mengajar murid2 yg tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan mengira dengan baik. Tambahan pula murid2 ini mempunyai masalah ketidakhadiran ke sekolah dan terdiri daripada golongan miskin. 

     Apa nk buat, hendak tak nak sy perlu lakukan jua, ini adalah amanah dan sy perlu laksanakan dengan penuh keikhlasan. Seminggu mengajar sy rasa tertekan, ini kerana murid2 ini tidak dapat mengeja dan membunyikan perkataan yang mempunyai 2 suku kata. Lain dieja lain di sebut. Terasa lucu ibarat cerita P.Ramlee. Sy bertekad untuk mengajar murid2 ini agar dapat mengeja perkataan yg mudah. Sy terpaksa mengorbnkn byk duit utk menghias kelas bg menambah minat mereka utk trus bljr. 

       Alhamdulillah 6 daripada 15 orang murid sudah menunjukkn peningkatan. Terasa sebak dan hampir menitiskan air mata pabila seorang murid yg sering bermain2 dan nakal dpt mengeja dgn baik. sy akui sy seorg guru yg garang, namun, x prnh sy memukul mereka cuma suara sy yg menyebabkn mrk berasa takut. 
Salah seorang murid (Farid) sedang mengeja  
 kini, sy semakin sayangkn kerjaya sebagai pendidik krn Apa akn jadi pada mereka jika dibiarkn tanpa ilmu pengetahuan??? Cukuplh mereke dapat mengeja dan mengenali nombor agar tak mudah hanyut dgn mainan duniawi kelak. Insyaallah, sy akn terus berjuang  demi ank2 bngsa. Walaupn mereka agak brmasalah dr segi pembelajaran sebagai seorang guru kita harus mendidik dgn pnuh semangat kejujuran dan keikhlasan. Bukan wang ringgit yg sy pinta tp ckuplah mereka menghargai kita satu masa nanti. Mereka ttp sama dgn murid yg lain cuma, mereka perlukn lbih perhatian n motivasi diri.


Kerajaan nak pastikan kadar buta huruf sifar menjelang 2012.
Kerajaan nak pastikan semua murid boleh membaca dan mengira.

Ahad, 12 Februari 2012

Salam Maulidul Rasul 2012

Saya ingin mengucapkan salam Maulidul Rasul buat semua umat islam. Tanggal 12 Rabiulawal umat islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda diutuskan oleh Allah SWT bagi membawa umatnya ke jalan yang di redhai dan diberkati oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah " Tidak sempurna iman seseorang umat kamu sehinggalah dia mencintai aku melebihi dirinya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya".
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّد
   
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Tanggal 9 Febuari 2012 bersamaan 16 Rabiulawal 1433, sekolah saya SKSP telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul. Terasa kemeriahan apabila semua murid berselawat sambil berarak. Yg mengharukan murid tahun 1 tak melepaskan peluang turut serta. Beberapa foto smpat sy ambil. Sebenarnya perarakan ini di nilai oleh panel yang dilantik oleh pihak sekolah. Akhirnya... johan perarakan dimenangi oleh rumah merah, rumah sape lg, rumah sukan saya la. Mata yang diperolehi akan dikumpul untuk kejohanan padang dan balapan. 
Johan pertandingan Perarakan Maulidul Rasul SKSP 2012
Murid-murid bersemangat membawa sepanduk sambil berselawat


Naib johan dimenangi oleh Rumah Hijau(Wira)


Pertandingan Tulisan Jawi tercantik bagi tahap 1
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Rabu, 18 Januari 2012

Apa Dah Jadi




 






Taraa...  templete blog dh di update, tp.. ada problem lain plak. Dh 3 hari bersekang mata untuk cantikkan blog ni.. Auww... x sanggup rasanya post entry sy x dapat di paparkn kt blog ni.. Apa msalahnye.. Dh buntu & mood nk berkarya dh hilang.Sape nk tolong ni.Harap2 ada insan yg sudi membantu, kalau x alamaknya tamat ler riwayat hidup blog ni.. please2. Byk bahan nk dimasukkan terutamanya Rpt bg Kssr. bkn ape utk memudahkan kengkwn mncari maklumat sebab sy ni rajin terlajak nk membantu org. Heheee