Ahad, 12 Februari 2012

Salam Maulidul Rasul 2012

Saya ingin mengucapkan salam Maulidul Rasul buat semua umat islam. Tanggal 12 Rabiulawal umat islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda diutuskan oleh Allah SWT bagi membawa umatnya ke jalan yang di redhai dan diberkati oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah " Tidak sempurna iman seseorang umat kamu sehinggalah dia mencintai aku melebihi dirinya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya".
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّد
   
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Tanggal 9 Febuari 2012 bersamaan 16 Rabiulawal 1433, sekolah saya SKSP telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul. Terasa kemeriahan apabila semua murid berselawat sambil berarak. Yg mengharukan murid tahun 1 tak melepaskan peluang turut serta. Beberapa foto smpat sy ambil. Sebenarnya perarakan ini di nilai oleh panel yang dilantik oleh pihak sekolah. Akhirnya... johan perarakan dimenangi oleh rumah merah, rumah sape lg, rumah sukan saya la. Mata yang diperolehi akan dikumpul untuk kejohanan padang dan balapan. 
Johan pertandingan Perarakan Maulidul Rasul SKSP 2012
Murid-murid bersemangat membawa sepanduk sambil berselawat


Naib johan dimenangi oleh Rumah Hijau(Wira)


Pertandingan Tulisan Jawi tercantik bagi tahap 1
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.