Selasa, 15 November 2011

NIKMAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT


Kekadang  kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..
 
Saya ingin berkongsi ttg seseorang yang suka menyalahkan orang lain tnpa memikirkn ttg kesalahan sndiri.Pelbagai nasihat telah diberi namun " Ibarat mencurah air ke daun keladi". Hanya doa yg sy dapat titipkn supaya satu hari nnti dia akn berubah.

Kenapa kita suka menyalahkan orang lain bila sesuatu perkara berlaku?
Jawapannyer saya kira simple je.
Sebab kita adalah manusia Yang penuh kekurangan.
Kalau sakit hati kt seseorang, sumenya keluar... Bla....blaa...Bla....
Knp kita tidak muhasabah diri, cari punca masalah tu.Cari kekurangan diri yg membawa kpd masalah tu????  Allah tlh menganugerahkn akal utk kita berfikir.
 
"Seseorang itu harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, 
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan 
cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."

Sesiapa  yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru, Allah membalasnya dengan Dia mengingati dan melimpahkan nikmat yang lebih baik

Nasihat sy "Buang yang keruh dan ambil yg jernih". Jadikan pengalaman lalu sbg panduan dlm kita meneruskn hdup yg blm tntu kesudahannya melainkan ajal menjemput kita. 
 
Orang yang ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yang dimilikinya.

"Seseorang itu harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."
 
Semoga paparan ini dpt menjadi panduan kita bersama dalam meneruskn hdup yg penuh onak dan diri. Yang baik itu datangnya Daripada Allah, dan yg buruk adalah kelemahan diri sy sndiri. Amin....

Isnin, 14 November 2011

                    Jalan-jalan cari makan


Nyum...nyum... sedapnya.........
Nampaknya hari ni dapur saya tak berasap. Saya bersama 2 orang housemate telah merancang untuk makan Tom yam seafood di tepi pantai. Sambil drive saya memerhati sekeliling kedai makan untuk mencari Tom yam seafood yang sedap dan menyengat. Aduh!!! nmpknya hari ni x da rezeki, kedai tu ditutup, cuti raye x hbis lagi.. x pe, smbil menyanyi  saya pusing2 sekitar Dungun, Alhamdulillah terpandang sebuah kedai yang dekorasi nya agak menarik... JOm kita singgah " Megi Ketam Bistro" yang terletak di belakang Pasaraya Mydin Daerah Dungun. Walaupun agak tersorok namun ramai pengunjung yang mengunjungi kedai tersebut. saya telah memilih megi extra ketam, sotong dan lala. Asalnya kami merancang memilih menu kerang bakar dan tom yam seafood, tapi kami terlambat... so, saya ingin mencuba megi extra seafood. 


 Semangkuk megi ni berharga RM12.90, harga bergantung kepada berapa berat ketam yg dipilih. Rasanya amat sedap kerana ketam tersebut direbus terlebih dahulu. Megi dimasak bersama air rebusan ketam dan dicampurkan perencah. Kalau berkunjung ke Daerah Dungun jangan lupa berkunjung ke Megi Ketam Bistro. Anda pasti tertawan dengan menu yang disediakan.


Ahad, 13 November 2011

Percutian Akhir Tahun 2011

Cuti sekolah amat dinanti2kn oleh saya.. hemm.. perancangan utk holiday x da sgt,tp suami sy dh berjanji utk bawa sy makan angin at Sunshine Resort in Port Dickson, Negeri Sembilan. Haha.. percutian 3 hari 2 malam ni amat menyeronokkan. Bilik mengadap ke Pantai n yg santai nye msk sndiri. Sewa utk 1 mlm RM98, memang berbaloi.

Then, blik ke kg at Terengganu, 3 hari rest. Perancangan seterusnya di sebelah Utara. 5 Disember,Sy bercadang pi Tasek Gelugor. Bersama Myvi kesayangan sy, kami bertolak kira2 pukul 12 tengah hari. Sebenarnya sy x merancang tp suami beria2. Apalagi bawa bekalan makanan. Singgah kt Masjid Batang Merbau di Kelantan.Menikmati hidangan ayam goreng kunyit, nasi putih dan sambal sotong.


Jom Makan kt Masjid Batang Merbau, Kelantan.


Hubby & Nadia smpt pose Di Dataran Tasik Banding

Perjalanan di teruskan. Kira-kira pukul 6.45 ptg kami sampai ke tempat yg dituju. Penat wehhh. Cian my hubby kena drive sorang2. Mlm nye kami berehat sbb esok nk jalan lg ni. So, destinasi seterusnya kemana ye!! Hhah.. tgk pic yg smpat sy snap ni:)

Pekena Nasi Kandar di Pelita Nasi Kandar Restoran Seberang Jaya

Subang Jaya Parade: Cuci mata, almaklum Rombongan Cik Puteh ni rambang mata

Tapak Ekspo Pulau Pinang.

Pejam celik pejam celik cepat plak masa berlalu. Dh seminggu kt tasek Gelugor. Nmpknya masa berpisah dh tiba. Kesian lak kt ank buah sy k.Yong dan Haikal di serang demam, mybe penat berjln kot. Dari Tasek Gelugor sy bertolak balik pukul 3.00 petang, Jue(my sister) bekalkn kitaorg dgn nasi putih, ayam goreng bersambal n sedikit ulam-ulaman.
Pearghhh... berhenti seketika kt Tasik Banding resort utk bersolat n makan tengahari. Apalagi, dh lama teringin nk bergmbar kt tasik, so, sy x lepaskn peluang snap pic.

Dibelakang saya adalah jambatan Tasik Banding

Berhenti utk beli buah tangan kt Bukit Bunga, Kelantan
Akhirnya....Alhamdulillah, kami selamat sampai di teratak Kasih at kg Sungai Serai tepat jam 11.00 malam, bkn ape kalu berjln dgn hubby, dia suka berhenti minum kt gerai2. Mata ni memang mengantuk tp kesian plak kt dia. Seharian drive. Tanda penghargaan sy kena ikut apa katanya.

Sabtu, 12 November 2011

Serunding Daging

salam Aidiladha
sayu ketika mendengar takbir raya. Tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya bersama suami dan keluarga mertua.Di kesempatan yang ada saya berpeluang melihat lembu2 yang menjadi korban di sembelih. petang nya saya bersama suami bergerak pulang ke Trg. Alhamdulillah, kami selamat sampai jam 10.30mlm.
perut terasa lapar lalu sy bergegas ke dapur. Buka periuk semuanya kari daging. Alamak macam mana nk habiskan. Esoknya, sy bersama emak kerjakan kari tersebut. Saya telah mencipta resepi serunding sendiri... hehehe... drp membazir elok rasanya sy trade in kari tersebut.
- Mula2 sy basuh kari daging tersebut dan rebus semula.
- sementara tunggu daging tersebut mendidih, sy siapkan bahan2nya

Beberapa ulas bawang  merah, bawang putih, halia dan lengkuas (dikisar)

Masukkan santan, garam, asam keping, gula dan bahan perasa( biarkan Mendidih)

 Kemudian, masukkan beberapa batang serai yg diketuk, kacau sehingga kering.

Taarang... dh siap pn.. serunding blh dimkn bersama ketupat, lemang @ roti..  Nyum...Nyum...