kali ni sy nk berkongsi resepi pizza handmade yg cukup sedap. Bkn apa time mls nk kuor sy lbh senang buat doh sndiri. 2bujang sy ni (suami & anak) sy mmg suka mkn.. kalu mls sy beli je roti pita kt kdai dan just buat topping je..
so, sempena sambutan hri ibu ahad lps sy smpat buat dough pizza. jom kita kongsi resepi
resepi dough pizza
2 cwn tepung serbaguna
1/2 cwn air suam
1sb yis/ serbuk mauripan
2sb marjerin
1biji telur (x ltk pn x pa)
1sb susu pekat manis
1sb gula
1/2 cawan serbuk roti( kalau ada la)
sedikit garam
minyak jagung
cara membuat
1. masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam bekas dan digaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan air suam dan uli sehingga sebati.
3. Tutup doh dengan kain lembap dan biarkan selama setengah jam
4. canai doh mengikut size dulang pembakar.
5. Masukkan topping pizza mengikut kesukaan
( saya guna sos prego, sos cili kimball, ayam /daging hancur, capsicum,serbuk oregano, cendawan butang, sosej, keju parut, bawang bombay dan mayonia)
6. sy gaulkan sekali dan letak atas doh yg dicanai.
7. utk elakkan topping keluar bahagian tepi doh sy gulung dgn sosej.
8. bakar dengan suhu 200°c selama 30 minit
Jumaat, 16 Mei 2014
Langgan:
Catatan (Atom)