Selasa, 27 Disember 2011

Tambatan Hati


SUAMI ISTERI BERSALAMAN,  MAKA GUGURLAH SEGALA DOSA
      Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaanya." 
     
     Begitu besarnya harga sebuah senyuman seorang isteri kepada suaminya malah lebih bermakna senyuman itu diberikan kepada suami yang kepenatan pulang dari kerja. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. 

     Rasulullah bersabda, yang bermaksud : " Sungguh-sungguh memintakan ampun utk seorg isteri yg berbakti kpd suaminya iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Doa Mohon Amalan di Terima dan Peroleh Rezeki yang Halal : 
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pada Mu ilmu yg bermanfaat, amal yg diterima serta rezeki yang halal lagi baik."

                   -HR Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Sani -