Jumaat, 12 Julai 2019

Pujaan hati ibu

Dh lama tak update cite kt blog ni. Actually byk sgt nk cite tp tak tau nk mula dari mana.
Dengan kata lain, hakak skrg memang bz sesangat. Jadi isteri dan ibu bekerjaya ni mmg byk pengorbanan. Tahun 2019 menuntut sy bergerak dengan aktif, ank sulong dh masuk drjh 1. Nasib baik ank sy yg pjg akal ni bersekolah di sek ibunya. Tp penat nak menguruskannya, berkejar dgn rutin mengajar, siapkan dia pd wktu pg.Bak mkn ank sy tak cerewet tapi setiap hari nk masakan ibu.
Time rehat kul 9.30pg, dia akn ke kantin dan hnya blnja rm1. katanya menu kt kantin tak menyelerakan.. Ank oh ank... jd every morning jam 5pg sy dh bersilat kt dapur utk siapkn menu tnghri bento ank sy. Lauk yg simple tp sdp katanya.
semoga ank sulong sy Muhammad Amir Syakir terus cemerlang, mnjdi ank yg membnggakn ibu dan ayah, taat kepada perintah Allah.. Jd abang yg blh membimbing adiknya ke jalan yg diredhai Allah.
Budak yg rajin berselpie

Abang dan Adik


Khamis, 27 Julai 2017

Lawatan sekolah

20 April 2017, thn kedua sy mngikuti rombongan sekolah. Sy turut membawa bujang kecik Amir Syakir utk mncari pnglman. Tidak byk songgeh, senang jaga n kuat berceloteh. Kali ni sy berpeluang ke:
1. Kilang Beryls
- teruja melihat bagaimana buah koko dijadikn coklat yg mmpunyai ramai peminat. Kt beryls x blh lama2. Tp sy berbelanja hampir RM125.00.
2. Farm in city
- Haha... Bwk murid thn 3 dan pra sek . Cikgu2 dh penat, tp byk binatang kt sini.. Murid2 berpeluang memberi mknan kpd rabbit, kura2 dan menangkap ikan. Terdapat ular sawa yang seberat 180kg. Ostrich yg agak berumur, kura2 Yg besar dan tak pernah sy jumpe.
bergambar kenangan di pintu gerbang Farm in City


Jommm..... kita p round

Makan ye rabbit... 

selepas ke Farm in City, kali ni kami bergerak ke kilang Yakult.. di sini murid2 berpeluang melihat pembuatan Yakult. Kami diberi air yakult percuma sebotol seorang. 
Last destination, Muzium Tentera Darat di Negeri Sembilan. 



Ahad, 12 Julai 2015

pillow felt Hari Guru

Hari Guru 2015 sy telah mendapat permintaan dari seorg customer minta sy siapkan sebiji bantal felt untuk acara bertukar hadiah. X smpat sy nk godeh cantik2 sbb customer ckp last minit minta sy siapkan. Guna barang yang ada je.. Komen customer ni suko deng sopink dgn awk, cantik noii.. 
tp pic nye sy x smpat nk ambik byk2 sbb sy kelam kabut kena siapkan tempahan 3 bekas pensil bersaiz A4. Penat mak.. pukul 12mlm tido jaga lagi kul 2pg nk siapkan tmpahan.. 

keychain nama
pensil box 

Thanks my regular customer Pn. Zuraini dan En. Saifuddin Amir. Lain kali sopink lg ye.. 

Rabu, 24 Jun 2015


Meriam Buluh

Damm....damm...dummm...dammm...
Alangkah seronoknya bila teringat zaman kanak-kanak. Terasa kenangan lama mengusik jiwa.

Dibesarkan di kampung di salah satu daerah di Negeri terengganu membuatkan saya mengenali apa itu meriam buluh. Tinggal di kg memang menyeronokkan berbanding di bandar. Apakah anak2 sekarang masih mengenali mercun buatan sendiri ini?Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yg popular semasa musim perayaan hari raya di Malaysia. Sesebuah meriam buluh biasanya terdiri drp sebatang buluh yg besar serta campuran kalsium karbida dan air. Tindak balas kimia yg terhasil drp campuran kalsium karbida dan air di dlm buluh mnghasilkan asetilena iaitu gas yg mudah meletup. Gas asetilena akn meletup apabila didedahkan kpd api. letupan tersebut boleh mengakibatkan kecederaan yg teruk jika tidak dikendalikan dgn berhati-hati.

Minyak tanah juga digunakan sbg bahan api. Kurang drp secawan (200ml) minyak tanah dibubuh di dlm lubang kecil pada meriam buluh. sebtg kayu kecil digunakan utk mmbakar wap yg terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Seterusnya udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil itu dan meriam dibakar lagi. Sedikit latihan diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat. Biasanya, buluh yg digunakan berdiameter 4 hingga 6 inci serta pjgnya antara 4 hingga 5 kaki.

sumber ihsan dari google

Bestnya kalau dpt bermain meriam buluh ni.. teringat peristiwa api hampir mnyambar muka disbbkan minyak tanah keluar. Hari pertama puasa dh kedengaran bunyi meriam kt taman sebelah. Terasa tak sabar nk pulang ke desa tercinta. Nk jumpa bonda tercinta dan sanak -sedara. Nk main meriam buluh dan bunga api pada malam raya seperti dulu2. Huhuhu... rindunya... so, kita enjoy!!!

Jumaat, 12 Jun 2015

Pergi yang tak kembali

Assalamualaikum blogger semua... apa khabar? Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi nafas dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. 25 Ramadhan sedang umat islam bergembira untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, sy teringat akan insan2 tersayang yang telah tiada. Tahun lepas (2014) sy menyambut hari raya dalam keadaan sederhana. Sedang asyik bergembira kami dikejutkan dgn berita kakak sy yang sedang berhari raya hampir mengalami strok. Ya Allah... masa tu dh x nak pikir pasal raya, yg pnting nyawanya harus diselamatkan., dgn berbaju raya saya dan suami menuju ke hospital. Alhamdulillah kakak sy (arwah Farida) dapat diselamatkan namun berlaku sedikit komplikasi jantung. 

15hb 10 2014, sekali lagi sy dikejutkn dgn berita yang sukar dipercayai, Mek Dah dikhabarkan meninggal dunia. Innalillahwainailaihirajiun.. seolah2 x percaya dgn apa yg sy dengar. kami bersiap sedia utk blik ke trg. Jam 8.30mlm kami bergegas balik. seakan perjalanan sangat lama. dlm kereta sy x henti2 menangis smbil sedekahkan Al Fatihah kpd arwah. Teringat semasa last berjumpa dgnnya sy peluk dan cium dirinya agak lama. itulah kali terakhir sy berjumpa dgn arwah. Sampai di rumah mk pukul 5.30 pagi sy terus mengambil wuduk dan mengaji di sebelah jenazah.Ingin sekali sy menatap wajahnya. Ya Allah air mata yg sy tahan sejak sampai di trg akhirnya gugur jua apabila menatap wajah putih bersih arwah. Semoga dirimu ditempatkan disisi org2 yang beriman. Sy turut mengangkat dan memandikan arwah.. Segala apa yang sy berikan pd arwah sy halalkan. Kini tiada lagi insan yang selalu sibuk didapur ketika raya, tukang bancuh air dan suka berleter jika juadah hari raya x siap. Punca kematian adalah disebabkan pembuluh darah pecah dan telah sampai ke otak. 

Buat arwah Farida bt Omar, ank2 syurga telah menanti dirimu di sana.. Damailah dirimu dan hanya titipan doa dapat kami berikan. Dunia hanya lah pinjaman. Sampai masa kita akan ke sana jua..