Khamis, 7 November 2013

Roti jala

Roti jala (Pic from uncle google)

Ari ni sy nk kongsikan resepi roti jala. Bkn apa resepi ni amat mudah n tidak memerlukan byk bahan. Tujuan sy menulis kt blog adalh utk brkongsi dan mngingatkn sy. IT dihujung jari. kalu terlupa sy dh x pyh belek buku resepi just cri je kt belog sndiri. Kalau kt terengganu kita panggil "pukat buruk". Betul jugak ek nama tu sbb btk nya mcm pukat (alat utk menangkap ikan). Mak sy suka mkn dgn kuah manis yg dibuat drp santan dan gula. En.asben suka dgn kuah kari. Citarasa berbeza.. Jom kita pakat buat.

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
21/2 cawan air
1 biji telur 1/4 cawan minyak masak
sedikit garam 
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara membuat
semua bahan ni sy blend sehingga sebati. Sy gunakan fry pan ( menang Glassware) untuk menjala. x payah gunakan minyak. 

Nota Kaki: untuk menyukat tepung dan air saya gunakan mug. Sy x gunakan cawan sbb sy buat dalam kuantiti yg byk. en.asben dan keluarga mertua mmg suka mkn roti jala. Resepi ni pn ihsan drp suami sy. Kini sy berkongsi resepi ni dgn kwn2 kt sek... 

Mug yg sy gunakan utk menyukat air dan tepung
wokey!!!! selamat mencuba


Ahad, 6 Oktober 2013

Noxxa breadmaker

kecian kn kt sy.. sbnrnya teringin sgt nk beli bnda alah ni.. tp... byk lak nk pkai ongkos. nk renovate my house lg.. byr pngasuh ank n mcm2 la.. 

dh ckp dgn en.asben " aikk rajin ke nk memasak, kn beli tersimpn je kt dlm kotak".. sy ckp " mestilah rajin sbb my son suka mkn bread. dlm otak ni terbayang nk buat mcm2.. biar lh sy ni x kreatif. 
moga2 satu masa nnti sy dpt juga bnda alah ni. Abg please!!!!! 

Tunaikan lh my dream ni.. huhuhuhu... 



Jumaat, 9 Ogos 2013

Raya 2013 ♥♥


seikhlas kata ku kirimkan
 setulus hati ku lampirkan
iringan takbir kebesaran
memohon keampunan
selamat hari raya

 Alhamdulillah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada semua especially my hubby, my son dan family. Mohon maaf atas kekhilafan diri. Excited sebenarnya krn thn 2013 ni memberi 1000 makna buat sy. dulu berdua dan kini bertiga. 

Sy byk shopping baju permata hati sy. Budget untuk syakir dan ayahnya RM300 setiap sorang. Bukan membazir tp setahun sekali sy rasa tak salah berbelanja. Hahaha!!!!

utk sy x byk. Tema tahun ni wrna hijau pilihan en.asben. yeyehh... suka sgt sbb tu color kgmaran sy. kalu  diberi pilihan tiap2 tahun wrna hijau pn x pe. 

stori ttg biskut raya huhuhu... hampeh!!! pakai tunjuk je. sy oder dgn ckg sek sy. ada la dlm 4 jenis, Mak ckp biskut moden ni x terliur sgt tp bg sy dh jd tradisi. so, biskut moden + kuih tradisional. cantik. 







Khamis, 4 Julai 2013

felt craft

ohhhhh... sy dh jatuh cinta
jatuh cinta pada Siapa? 
dunia felt
seronok sangat
 knp???? 
Asalnya buat craft ni untuk kegunaan sndiri n tolong anak sedara jual kt murid2. 
Hmmm... sambutan amat menggalakkan. 
Apalagi try la buat sndiri.. 
search internet dan oder barang2 felt dari http://Sus n felt product
Cari gak kt kedai barangan cenderamata. 
Sape@ yg berminat blh oder ye.. 
murah je.. 
sy mnyediakan bekas pensil, Hp Straps, keychain dan brooch. 
Ni pesanan daripada murid2 sy. 
Ada kelapangan sy upload lagi produk sy ye.. 
Jommm...

Ni murid lelaki
Yang ni murid perempuan
6 tempahan yang sempat disiapkan.. 



Khamis, 16 Mei 2013

Sambutan Hari Guru 2013



Setiap tahun tanggal 16 Mei diadakan sambutan hari guru. Pada tahun ini sek keb Seri Paka mengadakan smbutan hari guru di ketuai oleh pn.Samsiah (guru besar baru). pelbagai aktiviti di adakan bagi memeriahkan hari tersebut. hmmmm... sy begitu teruja kerana pd tahun ini sy dpt turut serta mnjayakn sukaneka. Almklum thn lps sy preggy jd pergerakn sy agk terbatas. Apa2 pun kita enjoy...

Sebahagian rakan-rakan guru bersama baju batik baru

Sabtu, 20 April 2013

madah buat suami

kadang- kadang aku rasa
akulah isteri yang terlalu byk menerima
sedangkan engkau tak pernah meminta

kadang-kadang aku rasa
akulah isteri yang baru terjaga
sedangkan engkau tak pernah terlena

kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
datanglah ke sini dan pegang tanganku
sementara ku cerita kehidupan isteri
harap dimengerti...

kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
adalah terlalu singkat
hanya ku beritahumu betapa
sayangnya aku
betapa syukurnya aku
kau pelindungku

kadang-kadang berjauhan denganmu
akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita
mencipta kerukunan rumahtangga
namun aku tetap aku ini
maafkan aku suami.....
maafkan aku...... 

Khamis, 7 Mac 2013

selamat hari lahir

Alhamdulillah...
Sy bersyukur krn msih lagi dipanjangkn usia dan diberikn kesihatan yg baik dlm meneruskn hidup yg byk pancaroba. Biarpn terpksa berjauhan dgn suami namun kasih sayang yg dicurahkn membuatkn sy berasa amat dihargai. 
kini... sy dh menjadi seorg ibu. Sempena Hari lahir my hubby sy hnya smpat membuat kek. kami x dpt meraikan bersama2 tp selepas kejutkn suami sy smpt mengucapkan selamat hari lahir buatnya. Tahun ini merupakan tahun ketiga kami bersama. 

Buat suami...
Syg ucapkn selamat hari lahir 
semoga abg dipanjangkn umur n dimurahkan rezeki
syg mengharapkan agar ikatan ini terus berkekalan n setia hingga ke hujung nyawa. 
I Love U so Much... 

Rabu, 16 Januari 2013

Buah hati ibu



Hari ni, sy just nk stori ttg permata hati sy ni. Bkn nk menunjuk2 namun sy harap anak sy Muhammad Amir Syakir dpt melihat dan menyedari kehadirannya dalam hidup ibu dan ayah amat bermakna. Mgkin blog ini akan menjadi tatapan dan kenangan buat syakir melihat foto2nya semasa kecil apabila dewasa kelak. Syakir dilahirkan ada 16 0kt 2012 pada hari Rabu tepat jam 7.08 minit melalui kaedah pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. selama 9 jam dalam labour room akhirnya sy terpaksa di bedah.Berat Syakir waktu dilahirkan adalah 2.43kg.
Sebahagian foto yg dpt ibu snappp..... 
Jom layan......
17 Oktober 2013
Bersama sepupu kesayangan Kak Bibik Nadia
19 Oktober 2013
22 Oktober 2013
21 Okt 2012
25 Oktober 2013
Selepas 44 hari
Bwk Syakir jln2 ke taman Rekreasi Segamat
Syakir cpt membesar

Permata hati ibu & ayah
Bersama ayah tersayang

Selasa, 8 Januari 2013

X1oder dahlya fashion

Assalamualaikum... peace.... ngek betul kn. Dh lama nk post entry ni tp x da masa. dh lama menaip tp save je  x publish kt blog. smbil2 tgk ajl ke27 smpt la jari ni menaip. Kali ni nk stori ttg brg yg sy order. apa tu.... jom terjah...
Kali ni sy order set X1oder drp dahlya fashion yg mengandungi skirt dan inner. sy berkenan black colour, senang dipadankan dengan semua blouse & t-shirt. Knp ye sy beli ni... sbnrnya zaman ank dara sy suka membeli t-shirt singkat. Nk pakai cm malu plak bila bergelar isteri org. so, sy search internet dan mmbuat pmbelian secara online. Kalu sesape yg berminat blh lh melayari www.dahlyafashion.com . Terdapat byk pilihan dan pelbagai warna. Harganya pn berpatutan. Skirt ni senang digayakan dan kainnya cotton. 1 set X1oder RM39 + RM7(kos pnghntran) = RM46

set x1oder ( skirt & inner)
Bungkusan x1oder
Sy gayakan skirt x1oder
Sy dan en.suami
Apa tunggu lagi... Jom dapatkan dengan segera!!!! sy jamin anda akan berpuas hati dengan produk ini. 

Selasa, 1 Januari 2013

Welcome 2013

Happy new year 2013.... semoga apa yg dicitakn d thn ni akn tercapai. Byk azam dan impian yg sy impikn. Antaranya ialah: 

  • Ingin jadi pendidik@ guru yg bertanggungjawab n berwibawa dlm melaksanakan tugas yg diamanahkan. 
  • Menjadi anak yang taat kpd ibu 
  • Menjadi seorang isteri yg taat dan patuh pd suami
  • menyayangi dan mencintai en. Saifuddin Amir dgn sepenuh hati
  • Mendidik dan mengasuh anakanda yg disayangi Muhammad Amir Syakir 
  • Membina rumah sendiri
Hahaha..... anda semua bagaimana? Ini yg sy ingin berkongsi. Yang lain hanya sy je yg tau..... 
Diharap tahun 2013 akan memberikan sinar dalam hidup saya sekeluarga. Dulu berdua dan kini bertiga. Amir syakir dh nk masuk 3 bulan. Hari ni Amir Syakir terpksa minum susu formula krn 14 Jan ni ibu dh start mengajar. Sayang anak ibu. Syakir tak byk meragam. Hari ni Syakir dh pndai ketawa apabila diagah. Bahagianya bergelar seorang ibu biarpun terpksa menahan kesakitan dan sering berulang alik ke klinik sewktu mengandungkn Syakir. Sy mengalami Tekanan Darah Tinggi semasa 7bulan mengandungkn Syakir. Tapi kini semuanya hilang apabila tengok Syakir semakin membesar. 

syakir bersama susu formula
susu formula yg ayah belikn utk syakir

Diharap Syakir akan terus sihat dan menjadi insan yg berguna serta anak yang taat kpd ibu dan ayah. Ibu dan ayah akn menyayangi dan mendidik Syakir dgn sepenuh hati. Sayang ank ibu....