Sabtu, 18 Februari 2012

Bukan Sebarang Tidur

Tidur merupakan nikmat yang hanya kita mengetahuinya. Indahnya lena dan asyiknya mimpi- kesemua itu merupakan kurniaan yg diberikan Allah kpd manusia. Bayangkn jika nikmat itu di tarik drp manusia, bayangkan  jika harus berjaga siang malam dan bayangkan betapa letih dan lelahnya diri jika lenyap nikmat yg satu itu. 

Namun tidur bkn sebarang tidur. Tidur seharusnya menjadi satu waktu rehat utk menjana tenaga supaya apabila bgn tidur, kita kembali dpt menyempurnakan dan melunaskan tufas sebagai hamba Allah. Tidur akan memberikn rehat yg cukup utk memudahkan kita menjlnkn tugas spt biasa. 

Ingati pesan Rasulullah mengenai tidur manusia, spt sabda baginda, 
Syaitan akn mengikat hujung kepala seseorg yg sdg tidur dgn tiga ikatan menyebabkan kamu tidur cukup lama. Apabila kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan yg pertama. Apabila dia berwuduk, terbukalah ikatan yg kedua. Apabila dia menunaikan solat, akan terbukalah ikatan semuanya. Dia akan merasakan kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak, dia akan kusut dan malas. 
(RIWAYAT BUKHARI)


Linus ooo linus

 Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
"Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas Literasi dan Numerasi  selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah". 
Kelas 2 At Tarmizi 2012 terdiri daripada 12 murid lelaki dan 3 murid perempuan
Inilah 3 kuntum bunga di kelas saya
     Tahun ini sy dipertanggungjawabkan mengajar 2 At Tarmizi yang merupakan kelas terakhir di sekolah saya. Bila terdengar nama sy di calonkan untuk kelas ini hati saya terdetik " knp saya? sedangkan ramai lagi guru lain yang mempunyai byk pengalaman. Masa tu hati sy terasa sedih dan terus emosi sy tidak stabil. Biarpn kelas ini  mempunyai murid paling sedikit namun, siapa sanggup mengajar murid2 yg tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan mengira dengan baik. Tambahan pula murid2 ini mempunyai masalah ketidakhadiran ke sekolah dan terdiri daripada golongan miskin. 

     Apa nk buat, hendak tak nak sy perlu lakukan jua, ini adalah amanah dan sy perlu laksanakan dengan penuh keikhlasan. Seminggu mengajar sy rasa tertekan, ini kerana murid2 ini tidak dapat mengeja dan membunyikan perkataan yang mempunyai 2 suku kata. Lain dieja lain di sebut. Terasa lucu ibarat cerita P.Ramlee. Sy bertekad untuk mengajar murid2 ini agar dapat mengeja perkataan yg mudah. Sy terpaksa mengorbnkn byk duit utk menghias kelas bg menambah minat mereka utk trus bljr. 

       Alhamdulillah 6 daripada 15 orang murid sudah menunjukkn peningkatan. Terasa sebak dan hampir menitiskan air mata pabila seorang murid yg sering bermain2 dan nakal dpt mengeja dgn baik. sy akui sy seorg guru yg garang, namun, x prnh sy memukul mereka cuma suara sy yg menyebabkn mrk berasa takut. 
Salah seorang murid (Farid) sedang mengeja  
 kini, sy semakin sayangkn kerjaya sebagai pendidik krn Apa akn jadi pada mereka jika dibiarkn tanpa ilmu pengetahuan??? Cukuplh mereke dapat mengeja dan mengenali nombor agar tak mudah hanyut dgn mainan duniawi kelak. Insyaallah, sy akn terus berjuang  demi ank2 bngsa. Walaupn mereka agak brmasalah dr segi pembelajaran sebagai seorang guru kita harus mendidik dgn pnuh semangat kejujuran dan keikhlasan. Bukan wang ringgit yg sy pinta tp ckuplah mereka menghargai kita satu masa nanti. Mereka ttp sama dgn murid yg lain cuma, mereka perlukn lbih perhatian n motivasi diri.


Kerajaan nak pastikan kadar buta huruf sifar menjelang 2012.
Kerajaan nak pastikan semua murid boleh membaca dan mengira.