Ahad, 28 Oktober 2012

Tilam kekabu untuk permata hati

Assalamualaikum... 
Dh lama x menulis dan luahkn apa yg terpendam di hati ini. sebenarnya byk perkara yg bk dikongsi, ttp masa mencemburui sy. so, ari ni sy luangkn sdikit masa berkongsi cerite dgn kwn2 semua. 

Dh lama saya survey tilam kekabu untuk permata hati yg akan sy lahirkn sehinggalah bby sy dilahirkn barulah sy berkesempatan menulis di blog cute sy ni. Sebenarnya sy dh ada bantal peluk dan bantal tidur yg diberikan oleh kakak saya namun sy tidak mempunyai tilam. Berpandukan majalah Pa&ma sy telah melayari internet dan mencari blog2 yg menjual tilam kekabu sehinggalah sy berkenan tilam di www.bantalkabu.com
sy telah survey harganya dan agak berpatutan. Oleh kerana, sy tidak mempunyai cuti dan tidak mempunyai masa, sy meminta pertolongan en.suami agar membeli tilam kekabu di kedainya yg terletak di Parit Raja, tmbahan pula en.suami menyambung pelajaran di IPTHO, jd memudahkan dia pergi ke sana. Asalnya sy ingin membeli secara online, namun byk halangannya kerana pd mulanya en. suami tidak bersetuju dengan permintaan sy kerana katanya tilam tersebut terlalu mahal. setelah puas dipujuk, akhirnya en.suami bersetuju dan sanggup membelinya.. 

hahaa... terlepas hajat sy nk tilam kekabu utk permata hati kami. Gambar dibawah adalah set tilam kekabu pilihan en.suami yg berharga RM180. Buat en.suami terima kasih bebanyak krn sanggup membeli dan pergi ke sana biarpn penat berkejar dengan kuliah.