Isnin, 14 November 2011

                    Jalan-jalan cari makan


Nyum...nyum... sedapnya.........
Nampaknya hari ni dapur saya tak berasap. Saya bersama 2 orang housemate telah merancang untuk makan Tom yam seafood di tepi pantai. Sambil drive saya memerhati sekeliling kedai makan untuk mencari Tom yam seafood yang sedap dan menyengat. Aduh!!! nmpknya hari ni x da rezeki, kedai tu ditutup, cuti raye x hbis lagi.. x pe, smbil menyanyi  saya pusing2 sekitar Dungun, Alhamdulillah terpandang sebuah kedai yang dekorasi nya agak menarik... JOm kita singgah " Megi Ketam Bistro" yang terletak di belakang Pasaraya Mydin Daerah Dungun. Walaupun agak tersorok namun ramai pengunjung yang mengunjungi kedai tersebut. saya telah memilih megi extra ketam, sotong dan lala. Asalnya kami merancang memilih menu kerang bakar dan tom yam seafood, tapi kami terlambat... so, saya ingin mencuba megi extra seafood. 


 Semangkuk megi ni berharga RM12.90, harga bergantung kepada berapa berat ketam yg dipilih. Rasanya amat sedap kerana ketam tersebut direbus terlebih dahulu. Megi dimasak bersama air rebusan ketam dan dicampurkan perencah. Kalau berkunjung ke Daerah Dungun jangan lupa berkunjung ke Megi Ketam Bistro. Anda pasti tertawan dengan menu yang disediakan.


Tiada ulasan: