Jumaat, 12 Jun 2015

Pergi yang tak kembali

Assalamualaikum blogger semua... apa khabar? Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi nafas dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. 25 Ramadhan sedang umat islam bergembira untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, sy teringat akan insan2 tersayang yang telah tiada. Tahun lepas (2014) sy menyambut hari raya dalam keadaan sederhana. Sedang asyik bergembira kami dikejutkan dgn berita kakak sy yang sedang berhari raya hampir mengalami strok. Ya Allah... masa tu dh x nak pikir pasal raya, yg pnting nyawanya harus diselamatkan., dgn berbaju raya saya dan suami menuju ke hospital. Alhamdulillah kakak sy (arwah Farida) dapat diselamatkan namun berlaku sedikit komplikasi jantung. 

15hb 10 2014, sekali lagi sy dikejutkn dgn berita yang sukar dipercayai, Mek Dah dikhabarkan meninggal dunia. Innalillahwainailaihirajiun.. seolah2 x percaya dgn apa yg sy dengar. kami bersiap sedia utk blik ke trg. Jam 8.30mlm kami bergegas balik. seakan perjalanan sangat lama. dlm kereta sy x henti2 menangis smbil sedekahkan Al Fatihah kpd arwah. Teringat semasa last berjumpa dgnnya sy peluk dan cium dirinya agak lama. itulah kali terakhir sy berjumpa dgn arwah. Sampai di rumah mk pukul 5.30 pagi sy terus mengambil wuduk dan mengaji di sebelah jenazah.Ingin sekali sy menatap wajahnya. Ya Allah air mata yg sy tahan sejak sampai di trg akhirnya gugur jua apabila menatap wajah putih bersih arwah. Semoga dirimu ditempatkan disisi org2 yang beriman. Sy turut mengangkat dan memandikan arwah.. Segala apa yang sy berikan pd arwah sy halalkan. Kini tiada lagi insan yang selalu sibuk didapur ketika raya, tukang bancuh air dan suka berleter jika juadah hari raya x siap. Punca kematian adalah disebabkan pembuluh darah pecah dan telah sampai ke otak. 

Buat arwah Farida bt Omar, ank2 syurga telah menanti dirimu di sana.. Damailah dirimu dan hanya titipan doa dapat kami berikan. Dunia hanya lah pinjaman. Sampai masa kita akan ke sana jua.. 

Tiada ulasan: