Meriam Buluh
Damm....damm...dummm...dammm...
Alangkah seronoknya bila teringat zaman kanak-kanak. Terasa kenangan lama mengusik jiwa.
Dibesarkan di kampung di salah satu daerah di Negeri terengganu membuatkan saya mengenali apa itu meriam buluh. Tinggal di kg memang menyeronokkan berbanding di bandar. Apakah anak2 sekarang masih mengenali mercun buatan sendiri ini?Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yg popular semasa musim perayaan hari raya di Malaysia. Sesebuah meriam buluh biasanya terdiri drp sebatang buluh yg besar serta campuran kalsium karbida dan air. Tindak balas kimia yg terhasil drp campuran kalsium karbida dan air di dlm buluh mnghasilkan asetilena iaitu gas yg mudah meletup. Gas asetilena akn meletup apabila didedahkan kpd api. letupan tersebut boleh mengakibatkan kecederaan yg teruk jika tidak dikendalikan dgn berhati-hati.
Minyak tanah juga digunakan sbg bahan api. Kurang drp secawan (200ml) minyak tanah dibubuh di dlm lubang kecil pada meriam buluh. sebtg kayu kecil digunakan utk mmbakar wap yg terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Seterusnya udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil itu dan meriam dibakar lagi. Sedikit latihan diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat. Biasanya, buluh yg digunakan berdiameter 4 hingga 6 inci serta pjgnya antara 4 hingga 5 kaki.
sumber ihsan dari google
Bestnya kalau dpt bermain meriam buluh ni.. teringat peristiwa api hampir mnyambar muka disbbkan minyak tanah keluar. Hari pertama puasa dh kedengaran bunyi meriam kt taman sebelah. Terasa tak sabar nk pulang ke desa tercinta. Nk jumpa bonda tercinta dan sanak -sedara. Nk main meriam buluh dan bunga api pada malam raya seperti dulu2. Huhuhu... rindunya... so, kita enjoy!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan